Monday, June 24, 2019

Membina Roket STEM

Tema Minggu Ini: Kenderaan Udara

Guru membimbing anak-anak TransitDidiQ menampal binaan roket. Kelas Bakat ini dijadualkan setiap hari Isnin, kita selitkan aktiviti kraf sebegini supaya selain kelas-kelas berjadual yang lain, anak-anak berseronok beraktiviti sambil belajar.





Transit Cuti Sekolah Mei 2019

Kuih dan muih Beranika macam Makanlah jangan Hanya dipandang :D

Sempena menjelang Raya, anak-anak Transit Cuti Sekolah kali ini membuat Projek Biskut Raya. Semuanya teruja nak cuba buat sendiri, malah Cikgu bagi setiap orang sukat sendiri bahan ikut resepi.

Bau semerbak biskut dibakar dalam oven menguji keimanan anak-anak yang berpuasa. Jangan risau, Cikgu pek siap-siap untuk setiap orang. Boleh makan apabila berbuka Maghrib nanti :D

Transit Cuti Sekolah ini terbuka kepada semua anak-anak sekitar Gong Badak. Maklumlah sekolah cuti tapi ibubapa masih bekerja di pejabat. Daripada tinggalkan anak-anak tanpa aktiviti dan pemantauan, datanglah beraktiviti di TransitDidiQ. InsyaAllah boleh ulangkaji dan beraktiviti bersama rakan-rakan. Tiada yuran daftar, yuran harian jer 😗




#TransitCutiSekolah
#ProjekRamadan

Projek Kurma Venture Ramadan

"Ini kurma mama dan papa kami semua!"

Projek Kurma  Venture : Memberi dari 💖

Infak kurma atau sumbangan wang untuk membeli kurma ini daripada ibubapa Transit DidiQ Gong Badak. Cikgu packing cantik-cantik. Anak-anak mereka sendiri yang menyampaikan kepada rakan sekelas dan guru-guru di sekolah masing-masing.

Terima kasih ibubapa,guru-guru dan murid

Sekolah Kebangsaan Gong Badak
Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot
Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot
KEMAS Wakaf Tengah
KEMAS Gong Badak

kerana sudi menerima pemberian kecil kami ini :D




#ProjekKurmaVenture
#TransitGongBadak

Tema Minggu Ini: Kenderaan Udara


Dalam Kelas Transit Tutor hari ini kami mempelajari Struktur Kapal Terbang dan memahami konsep Graviti.

Belajar tanpa buat, bagaikan pokok tidak berbuah. Jadi kami aplikasikan pembelajaran dengan membina sendiri "Straw Gliders". Binaan mudah ini membantu anak-anak memahami konsep STEM dengan lebih baik, insyaAllah.

Malah sesi praktikal begini lebih mencabar daya fokus anak-anak dan sudah tentulah paling seronok apabila berlumba-lumba menerbangkan binaan Straw Glider masing-masing!

#TransitDidiQGongBadak